KUALA LUMPUR: Tahun ini, kerajaan memberi tumpuan khas kepada membantu perusahaan sosial, halal, kraf tangan, pertanian dan usahawan tempatan untuk beralih kepada platform digital.
Kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Hamid, pelbagai inisiatif telah disusun sepertimana yang diumum pada pembentangan Bajet 2022 tempoh hari untuk menggalakkan adaptasi digital dalam usaha merancakkan semula ekonomi negara.
Bukan setakat untuk menjadi pemain aktif dalam pasaran tempatan, tapi dengan pendigitalan, para pengusaha dapat meneroka medan bisnes yang lebih luas di platform yang tiada sempadan.
“Dalam melahirkan lebih ramai PMKS Halal yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa, RM25 juta diperuntukkan kepada Halal Development Corporation untuk melaksanakan pelbagai program termasuk Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS dan program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS.
“Untuk meningkatkan penerapan digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecik dan sederhadan (PMKS), kerajaan akan menambah baik inisiatif Skim Geran Pendigitalan PKS di mana tahun 2022, jumlah dana bagi skim ini telah dinaikkan kepada RM200 juta dengan RM50 juta dikhususkan untuk usahawan mikro Bumiputera di luar bandar.”
Selain itu maklumnya, usahawan PMKS juga layak menerima manfaat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.
Sementara bagi menggiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan dalam kalangan usahawan luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan mentransformasikan 600 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia sebagai Pusat Sehenti untuk membimbing usahawan mikro menggunakan teknologi digital.
Tonton temu bual penuh bersama Tengku Zafrul dalam program Agenda AWANI bersama hos Najib Aroff, di sini:
Israr Khalid
Thu Mar 31 2022
TENGKU ZAFRUL: Usahawan PMKS juga layak menerima manfaat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital. -Gambar fail/Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.